Kerjaya kelab Houssem Aouar

Aouar telah menyertai akademi Olympique Lyonnais pada tahun 2009 semasa berusia sebelas tahun.

Pada Julai 2016, beliau telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Lyon. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 16 Fberuari 2017 ketika pasukannya meraih kemenangan 4-1 ke atas AZ Alkmaar dalam pusingan ke-32 peringkat kalah mati Liga Europa selepas menggantikan Sergi Darder pada minit ke-84.[2] Aouar menjaringkan gol pertamanya untuk Lyon pada seminggu kemudian dalam perlawanan timbal balik menentang AZ Alkmaar di Parc Olympique Lyonnais yang berakhir dengan kemenangan 7–1 berpihak kepada Lyon.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 sebagai barisan kesebelasan utama pasukan ketika menentang Bastia pada 16 April 2017 tetapi perlawanan dihentikan pada separuh masa dengan kedudukan seri tanpa jaringan. Kemenangan dianugerahkan kepada Lyon pada tiga minggu kemudian.[4] Beliau telah dicalonkan ke dalam anugerah Golden Boy pada Julai 2018.[5]

Pada permulaan musim 2017–18, walaupun hanya beraksi dalam lima perlawanan kompetitif bersama Lyon semenjak beliau menyertai skuad utama, Aouar telah diberi jersi nombor simbolik 8 (yang pernah dipakai oleh legenda kelab Juninho) selepas Corentin Tolisso meninggalkan Lyon untuk berpindah ke Bayern Munich pada Jun 2017.

Pada 11 Disember 2019, Aouar menjaringkan gol ketika perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig[6] sekali gus membantu Lyon meneruskan kemaraan ke pusingan ke-16 kejohanan.

Rujukan

WikiPedia: Houssem Aouar http://www.olweb.fr/en/player/houssem-aouar-2212.h... http://www.olweb.fr/fr/article/ligue-1-l-ol-se-voi... https://www.goal.com/en-gb/news/the-young-lyon-wan... https://www.skysports.com/football/lyon-vs-rb-leip... https://int.soccerway.com/matches/2017/02/16/europ... https://int.soccerway.com/matches/2017/02/23/europ... https://int.soccerway.com/players/houssem-aouar/41... https://www.vavel.com/fr/football/lyon/720763-qui-... https://www.mirror.co.uk/sport/football/news/golde...